top of page

AUKU 1971 Mansuh; Kemana Arah Tuju Mahasiswa ?

  • Jun 7, 2018
  • 2 min read



Rentetan daripada peristiwa berdarah 13 Mei 1969, negara telah diambil alih oleh pihak Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Tika pemerintahan itu, sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi mengkaji dan meneliti mentaliti kehidupan mahasiswa di Universiti Malaya (UM). Badan yang dikepalai oleh Dato’ Dr. Hj Abdul Majid Bin Ismail telah berpendapat bahawa Akta Univerisiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 perlu digubal.


Pengubalan akta ini adalah bertujuan bagi mengawal dan membendung kegiatan-kegiatan yang berpotensi mengancam ketenteraman awam. Perkara ini dilihat serius oleh kerana rata-rata aktiviti mahasiswa pada ketika itu bersifat subversif ke atas pihak tertentu. Di samping itu, menurut Perdana Menteri pada era itu, Tun Hussein Onn, AUKU juga mampu membantu kerajaan menyelaras urusan penubuhan universiti dan kolej universiti yang baru di Malaysia. Selain itu, dalam kenyataan rasmi Dewan Rakyat yang ketiga, 17 Mac 1971, peruntukan-peruntukan di dalam AUKU adalah bertujuan untuk mengurus penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti awam dan bagi perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya.


Hujah-hujah penubuhan AUKU yang telah dinyatakan oleh pihak kerajaan dinilai dengan sudut pandangan yang berbeza oleh sesetengah masyarakat terutamanya mahasiswa. Mahasiswa berpendapat bahawa akta ini adalah satu sekatan yang terang-terangan oleh pihak kerajaan terhadap hak kebebasan mereka sebagaimana yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.


Di awal pengubalan AUKU telah menyatakan sekatan ke atas mahasiswa bagi menyertai mana-mana badan bukan kerajaan dan parti politik. Inilah antara elemen yang terbesar yang telah menyekat gerakan mahasiswa pada ketika itu. Namun begitu, AUKU telah dipinda beberapa kali sehinggalah pada zaman pemerintan Dato Seri Mohammad Najib yang mana telah membenarkan mahasiswa terlibat dalam politik kepartian yang sah menurut undang-undang (AUKU Pindaan 2012). Walau bagaimanapun, politik kepartian yang dibenarkan hanyalah diluar kawasan kampus. Setelah beberapa pindaan yang telah dilakukan ke atas AUKU, sehingga kini mahasiswa masih berpegang bahawa AUKU bercanggah dengan Perlembagaan Persekutan Malaysia.


Kini, setelah Malaysia dipimpin oleh kerajaan baharu, Pakatan Harapan (PH) telah menyatakan hasrat mereka untuk mengotakan janji bagi memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan pelbagai akta mengongkong kebebasan pelajar dan pensyarah seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Dalam usaha ini, Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan, bakal menjadi orang hadapan yang memimpin transfomasi pendidikan negara. Mekanisme yang bakal digunakan bagi menggantikan AUKU juga turut bakal diumumkan oleh beliau kelak.

--

Pautan ke :

1. AUKU 1971 (Pindaan 2012)

https://legal.usm.my/v3/phocadownload/akta%20universiti%20dan%20kolej%20universiti%201971pindaan%202012.pdf

2. Menteri pendidikan baru ikrar mansuh Auku: https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/49740


 
 
 

Comments


  • White Instagram Icon

©2018 by UTP Cakna. Proudly created with Wix.com

bottom of page